Drama Mystic Village Meneroka alam ghaib dengan sentuhan kampung noir bertemu elemen ‘cosy mystery’

- Advertisement -

Saksikan Mystic Village drama bersiri sebanyak 10 episod di Astro Premier Saluran 410 yang telahpun ditayangkan bermula 30 Oktober 2023 setiap Isnin pada jam 9 malam. Drama bersiri yang bergenre seram ini mengenai penyiasatan unsur-unsur supernatural, di sebuah kampung di utara semenanjung iaitu Kg. Sg. Gelik Kiri.

Drama ini dibintangi Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid. Mystic Village diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.

Drama ini  mengisahkan seorang Imam-fluencer yang pulang ke kampung halamannya setelah dikecam netizen apabila Tweetnya tentang poligami meletup serta menimbulkan kemarahan beberapa pihak Di situ dia menjumpai bakat terpendam dalam menyelesaikan misteri-misteri yang membabitkan benda-benda ghaib. Bayangkan rancangan ini bagaikan kisah Sherlock Holmes bertemu rancangan reality TV popular, Imam Muda.

Drama bersiri ini adalah unik di mana sebuah kisah penyiasatan yang mengabungkan logik akal serta supernatural mengenai perkara-perkara yang sentiasa menghantui masyarakat tempatan, sebuah drama dimana setiap episodnya mempunyai kisah tersendiri dan membuatkan penonton terikut untuk menantikan episod seterusnya.

Mari saksikan drama bersiri Mystic Village yang akan ditayangkan setiap malam Isnin jam 9 di Astro Channel 410 mulai 30hb Oktober. Pastikan anda merungkai misteri.

SINOPSIS 
Mystic Village adalah sebuah drama siasatan sarat dengan elemen supernatural yang mengikuti Yunus, seorang penyiasat insurans yang menjadi ustaz selebriti apabila dia memenangi naib juara siri realiti Imam Bistari. Setelah dikecam netizen dan dia pulang ke kampung, mindanya yang sentiasa ingin tahu tidak boleh duduk diam.

Tengok-tengok penghulu dan orang kaya kampung, Pak Saad dijumpai mati dihempap khemah qurban. Maka kecohlah sekampung dengan teori yang Hantu Raya telah makan tuannya i.e. penyebab kematian Pak Saad. Yunus yang yakin ini semua spekulasi karut terjebak dalam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. Apabila dia mendedahkan kematian itu sebagai pembunuhan dan bukan kemalangan, Yunus mula mendapat reputasi sebagai selebriti yang boleh membongkarkan misteri. Bukan sahaja seorang Imam-fluencer… tapi Imam P.I. (lagi satu gelaran yang Yunus tak tahu samada dia mahu atau tidak).

Sambil dia melayan krisis identitinya, Yunus juga perlu mencari cara untuk mesra kembali dengan ayahnya yang tidak memahami hidupnya, persahabatan baru dengan seorang pemilik gerai bermulut laser dan penghulu baru Kampung Sg. Gelik Kiri yang ingin menaikkan nama kampung dengan menggunakan selebritinya. Penghulu baru ini bercita-cita tinggi dan juga ingin mencari jodoh untuk anak teruna arwah kawan baiknya.

Bolehkah Yunus membongkar misteri di sebalik semua kejadian-kejadian pelik di Kg. Sungai Gelik yang semakin lama makin berkait dengan ‘pembunuhan’ Pak Saad?

MARILAH MENEROKAI MISTERI DI KAMPUNG SG. GELIK KIRI

Mystic Village adalah rancangan hibrid, setiap episod ada kes tersendiri tetapi ada misteri yang lebih besar secara serial yang akan terbongkar apabila siasatan Yunus semakin dekat dengan adegan-adegan pelik di Sungai Gelik.

Episode 1
ANAK TERUNA BALIK KAMPUNG
Yunus pulang ke kampung halamannya untuk mencari ketenangan selepas tweetnya dikecam di media sosial. Apabila Penghulu kampung, Pak Saad dijumpai mati dalam keadaan yang mencurigakan, Yunus terjebak dalam siasatan untuk mencari kebenaran kerana ayahnya, Ismail (orang terakhir nampak Pak Saad hidup) mungkin menjadi suspek utama.

Episode 2
RUMAH HANTU BERTIANG DUSTA
Penghulu terjun, Solehah mencari pendapatan ekstra untuk Gelik Kiri dengan mengiklankan rumah wakaf kampung sebagai homestay berhantu. Apabila tanda-tanda yang rumah tersebut benar-benar ada penunggu, AJK kampung dengan panik minta Yunus buat upacara rukiah. Ini menyebabkan dia bersemuka dengan Abang Long yang ingin menjaja servis halau hantunya.

Episode 3
CARA-CARA MENANGKAP TOYOL

Gelik Kiri dikatakan ada toyol apabila barang-barang berwarna merah mula hilang termasuk 100 ringgit dari gerai Z. Yunus yang masih tak tenteram dengan masalah media sosialnya dan tak senang duduk serumah dengan ayahnya, mencari alasan untuk keluar rumah, termasuklah memburu toyol.

Episode 4
MISTERI HISTERIA
Yunus dengan hashtag ImamPI sudah viral dan dia dirayu untuk menolong seorang peniaga bernama Anas menyelesaikan kes tunangnya kena rasuk jin. Zakaria pula tak habis-habis bermimpi ngeri tentang ayahnya. Adakah ini saka mengacau ataupun sesuatu yang lebih serius?

Episode 5
I-PUKAU
Yunus dipanggil untuk menyiasat kes pukau yang puncanya seorang janda cantik yang seringkali mendapat wang dari lelaki-lelaki gatal di kampung. Dia terus menyiasat dengan bersungguh-sungguh untuk mengelak pengurusnya Fazwan yang mahukan dia kembali ke dunia influencer. Zakaria mengalami kesusahan membeli tanah-tanah di kampung dan berkomplot dengan Abang Long.

Episod 6
TYGER TYGER
Misi untuk menangkap pencuri ayam, menghasilkan video yang membuat orang kampung kecoh yang ada harimau jadian berleluasa di Sungai Gelik. Dengan kejadian ghaib yang semakin menjadi-jadi, Yunus syak yang mungkin ada dajal disebalik insiden-insiden tersebut yang mengambil kesempatan kepercayaan kalut orang kampung. Persoalannya: siapakah disebalik semua ini dan kenapa?

Episode 7
PONTIANAK JALAN CHANTIK
Bila TikToker kampung, Maryam, meletakkan video kelibat pontianak di jalan yang gelap di Gelik Kiri, semua orang sudah nak label Kampung Sungai Gelik Kiri sebagai ‘Kampung Paling Puaka di Kedah.’ Solehah tak puas hati dan mengheret Yunus dan Zuleikha untuk ops serang hendap Cik Pon.

Episode 8
HUSNAZON
Bila mayat yang tak dikenali timbul di bendang berlilit dengan tangkal, semua orang terus menuduh angkara Abang Long melakukan sihir. Dengan keadaan terdesak Abang Long minta tolong Yunus untuk membongkar kes ini dan selamatkan reputasinya. Zakaria akhirnya mengongsi dengan Mona rancangannya selama ini.

Episode 9
HANTU RAYA KEMBALI LAGI
Spekulasi yang hantu raya Pak Saad sedang mengamuk tanpa bertuan membuat semua orang kampung risau akan keselamatan mereka. Ia semakin rancak seminggu sebelum Karnival Kampung Sungai Gelik Kiri. Yunus dengan berat hati menyiasat gejala ini dan membongkar rahsia yang amat mengejutkan.

Episode 10
EPISOD AKHIR
Setelah Yunus membongkar siapa yang disebalik pembunuhan dan insiden-insiden ghaib, rumahnya dibakar sebagai amaran. Yunus berasa bersalah yang penyiasatannya telah membahayakan hidup abahnya dan berkonfrontasi dengan pembunuh tersebut lalu mengejarnya ke dalam hutan. Di situ mereka berdua bertembung dengan benda ‘ketiga’ yang tidak disangka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat