Pengeluaran KWSP Tiada Dalam Manifesto PN – Radzi Jidin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – “Dia tak baca penuh manifesto. Saya seru kepada saudara Anwar (Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim), bacalah dulu sebelum komen,” kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin.

Radzi berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Anwar yang mengkritik isu cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tawaran Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, beliau menjelaskan pertimbangan pengeluaran KWSP itu bukan sebahagian daripada tawaran dikemukakan PN.

“Apa yang berlaku, apabila ditanya mengenai KWSP, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan itu (KWSP) tidak dimasukkan dalam manifesto PN.

“Ia (pengeluaran KWSP) akan dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan dan dalam keadaan tertentu berdasarkan situasi dan konteks tertentu.

“Jangan baca tajuk sahaja dan perkara itu dinyatakan Muhyiddin pada sesi townhall selepas pengumuman tawaran PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pasar malam, Presint 2, di sini hari ini.

Katanya, PN secara dasarnya akan mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan setiap tawaran PN itu realistik untuk dilaksanakan.

Semalam, Anwar menempelak cadangan pengeluaran KWSP oleh PN yang disifatkan ketandusan modal sedangkan tumpuan sepatutnya adalah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas ketika ini.

Jelas Anwar lagi, tawaran PN itu dilihat jelas cuba menekan rakyat yang ketika ini terhimpit akibat kemelesetan ekonomi hingga menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan.

Mengulas mengenai Manifesto BN, Radzi berkata, tawaran dikemukakan BN lebih kurang dengan apa ditawarkan PN.

“Dia (BN) ambil lebih kurang kita (tawaran PN) punya sahaja,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat