Semua sekolah di seluruh negara tutup mulai Isnin, tarikh peperiksaan dipinda

- Advertisement -

CYBERJAYA – Semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan Malaysia – termasuk di negeri yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat – akan ditutup mulai esok sehingga hari akhir persekolahan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia penutupan semua sekolah termasuk kolej vokasional seluruh negara bermula 9 November  2020.

Dalam sidang media pagi tadi Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin menyatakan bagi murid yang tinggal di asrama pula, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Walau bagaimanapun, murid boleh terus kekal berada di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga. Di sepanjang tempoh tersebut, murid akan berada di bawah pengawasan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.”

Tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021. Perincian semua peperiksaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah dilaksanakan secara home based learning.

Radzi turut memaklumkan sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 masih kekal bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.

Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka
pada tarikh yang sama.

Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.

Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Kesemua ketetapan ini juga terpakai kepada sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk mengikuti ketetapan ini.

Kemasukan murid ke sekolah khusus termasuk Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik, Kolej Vokasional dan Maktab Tentera Di Raja.

Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Peperiksaan percubaan SPM, kerja kursus serta pentaksiran yang telah dijadualkan sehingga Disember 2020 yang masih belum diselesaikan. KPM akan menjadualkan semula semua pentaksiran tersebut dan akan dimaklumkan kemudian.

Pelajar Program Matrikulasi KPM akan kembali semula ke kolej dan meneruskan program pada 4 Januari 2021. Ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk pelajar matrikulasi yang dijadualkan pada 8 hingga 19 Disember 2020 akan ditangguhkan
ke tahun 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat