Restoran Nasi Kandar Berkonsepkan ‘Drive Thru’ Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

- Advertisement -

Berita baik Penangites dan penggemar nasi kandar sekalian!

Restoran Hussain Nasi Kandar dilaporkan bakal menjadi restoran nasi kandar pertama di negara ini (ya, pertama di Malaysia) yang menawarkan konsep drive-thru atau pandu lalu di cawangan mereka.

Perkara itu baru-baru ini dilaporkan Penang Foodie yang turut memuatkan beberapa perkongsian gambar daripada netizen mengenai pembukaan restoran nasi kandar drive- thru atau pandu lalu pertama dalam negara itu.

 

Buat anda yang masih kurang jelas dengan konsep drive-thru ia adalah sama dengan konsep pandu lalu seperti yang sering digunakan restoran makanan segera ternama seperti McDonalds dan juga KFC.

Dengan pengenalan konsep ini, orang ramai boleh membuat pesanan, membuat bayaran dan mengambil makanan yang telah dipesan tanpa turun dari kereta dan memasuki restoran ini.

Iklan dan gambar konsep ‘tersebar’ di Facebook

Menguatkan lagi desas-desus mengenai pembukaan restoran nasi kandar drive-thru pertama itu, satu page Facebook menggunakan akaun Hussain Drive Thru Nasi Kandar juga turut membuat kemunculan di alam maya.

Tambah mengujakan, page berkenaan bukan sahaja kelihatan seperti disediakan untuk pembukaan cawangan terbaru mereka tetapi turut berkongsikan iklan jawatan kosong dan beberapa gambar konsep restoran berkenaan.

Teruja untuk melihat bagaimana rupa restoran nasi kandar drive-thru yang pertama di Malaysia ini? Anda boleh melihatnya di bawah.

 

Jika pembukaan restoran nasi kandar berkonsepkan drive-thru ini benar-benar berlaku, ia pastinya akan memudahkan orang ramai yang tidak lagi perlu bersesak dalam restoran nasi kandar untuk menunggu pesanan mereka.

Terutamanya dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini, idea berkonsepkan pandu lalu ini pastinya menjadi cara terbaik buat orang ramai untuk mengamalkan penjarakan sosial terutama ketika melalukan aktiviti harian mereka seperti membeli makanan.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat