Polis Sahkan Ahmad Jauhari Selamat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Polis mengesahkan bekas ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya terselamat dalam pertembungan udara yang menyebabkan helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Esha berkata, Ahmad Jauhari yang berusia 66 tahun dan Tan Chai Eian (wanita) yang berusia 51 tahun berada di dalam helikopter yang berjaya mendarat dengan selamat berhampiran sebuah sekolah Tamil.

Mereka yang terbunuh adalah Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44 tahun yang helikopter mereka terhempas selepas insiden terbabit.

Kesemua mereka dipercayai dari Kelab My Heli (My Heli Club). – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat