Insiden dua helikopter, satu terhempas berhampiran Taman Melawati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua buah helikopter dipercayai mengalami insiden atau kemalangan kecil di udara sebelum salah satunya terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor sebentar tadi.

Berdasarkan rakaman video awal helikopter tersebut hilang kawalan dan terjatuh namun tiada sebarang letupan dan kebakaran berlaku.

 
Video terbaharu dan gambar yang diperolehi SuaraTV di tempat kejadian menunjukkan kemungkinan berlaku pelanggaran sebelum terhempas.

Bagaimanapun helikopter kedua dilihat berjaya mendarat. Setakat ini belum diketahui dengan jelas nasib penumpang dan pemandu kedua-dua helikopter terbabit.

Sementara itu menurut Astro Awani, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, dua lelaki dan dua perempuan dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri. Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat