Pembangkang Akan Dipelawa Bersama Kerajaan Dalam Buat Keputusan – Muhyiddin

Singapura Usir 15 Warga Bangladesh

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengusir 15 warga Bangladesh dari republik ini kerana memuat naik hantaran berunsur hasutan, keganasan atau mencetuskan rusuhan berkaitan serangan pengganas di...

Tutup Sementara Kilang, Top Glove Jangka Pendapatan Terjejas

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menjangka pendapatannya untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Ogos 2021, akan terjejas sebanyak tiga...

COVID-19: Jeffrey Kitingan Akui Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan, Pemerhatian

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan...

Cukai Baharu Hanya Diperkenal Selepas Ekonomi Pulih – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau...

Tembakan Di Sempadan: Kejadian Berbalas Tembakan Berlaku Secara Spontan – KPN

KUALA LUMPUR - Kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand antara dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup dadah awal pagi tadi berlaku...

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk melibatkan pemimpin pembangkang menyertai mesyuarat-mesyuarat untuk bersama-sama terlibat dalam membuat keputusan dan dasar.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelawaan itu adalah dalam usaha kerajaan memperluas kerjasama bipartisan.

Perdana Menteri berkata, kerjasama yang akan dirintis kerajaan bersama pembangkang juga menjangkau pembentangan Belanjawan 2021.

Kata Muhyiddin, sebagai langkah permulaan, beliau ingin mengundang pembangkang untuk duduk bersama-sama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan beliau setiap minggu.

Begitu juga dalam mesyuarat pengurusan pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri setiap hari.

“Pendekatan baharu ini untuk kebaikan semua, tidak boleh kita anggap belanjawan untuk kerajaan sahaja, ini belanjawan rakyat.

“Kita nak dilihat mesra pelanggan, kalau baik cadangan itu, kita ambil. Ini langkah permulaan, seterusnya saya nak pelawa pembangkang untuk sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan setiap minggu,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam dalam program Agenda AWANI Khas Bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu,

Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin berkata, beliau mahu mendengar pandangan dan buah fikiran pembangkang dalam apa sahaja isu yang mencakupi perihal rakyat.

Bahkan, tegas beliau, sekiranya pembangkang mempunyai idea dan saranan yang baik dan langkah yang difikirkan berkesan, mereka terbuka untuk berkongsi dengan kerajaan.

“Bukan soal nak dapat kredit kepada mereka saja, tapi untuk rakyat dapat faedah daripada pandangan mereka,” kata beliau lagi- Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan