Iran Harap Perubahan Berlaku Pada Dasar AS

- Advertisement -

TEHRAN: Naib Presiden I Iran, Eshaq Jahangiri berharap berlaku perubahan dalam ‘dasar pemusnah Amerika Syarikat (AS)’ susulan kemenangan Joe Biden pada pilihan raya Presiden.

Beliau berkata, rakyat Iran tidak akan lupa keperitan hidup berpunca daripada gangguan meluas terhadap kehidupan mereka, akses perubatan yang lemah dan pembunuhan Jeneral ‘Qasem Soleimani’.

Soleimani, yang mengetuai pasukan elit Pengawal Revolusi Qods, terbunuh dalam serangan udara AS berhampiran lapangan terbang Baghdad, Januari lalu.

“Saya berharap kita akan menyaksikan perubahan dalam dasar pemusnah, kembali kepada undang-undang dan komitmen antarabangsa serta hormat kepada negara lain.

“Era Donald Trump dan pasukannya yang suka mengapi-apikan sudah berakhir,” kata Jahangiri dalam ciapannya di Twitter, semalam.

Trump yang tewas kepada pencabarnya, Biden, meletakkan dasar ‘tekanan maksimum’ dan sekatan melumpuhkan Iran sejak menarik diri daripada perjanjian nuklear bersama Tehran, pada 2018.

Sekatan itu antara lain mensasarkan industri penting Iran, iaitu minyak, selain memutuskan akses Teheran ke pendapatan luar negara dengan menyenarai hitam sektor perbankannya.

Sementara itu, Presiden Hassan Rouhani berharap ‘pengalaman selama tiga tahun’ tekanan Trump ke atas Tehran akan menjadi ‘pengajaran’ bagi pentadbiran baharu AS yang Iran akan ‘terus menentang’.

Pemimpin utama Ayatollah Ali Khamenei sebelum ini berkata, pilihan raya AS ‘tidak akan memberi kesan’ ke atas dasar Tehran terhadap Washington.

Biden dalam kempennya sebelum ini dilapor berkata, pihaknya merancang memulakan ‘kaedah dipercayai untuk mengembalikan diplomasi’ dengan Iran dan meningkatkan kemungkinan kembali kepada perjanjian nuklear 2015, yang dirunding ketika beliau menjadi Naib Presiden ketika era pentadbiran Barrack Obama. – AFP/Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat