Jumlah Kes Covid Turun Ke Tiga Digit, Sabah Tertinggi 524 Jangkitan – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes positif COVID-19 dalam negara kembali kepada tiga digit selepas lima hari mencatatkan angka melebihi 1,000.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, sebanyak 852 lagi kes baharu dilaporkan.

Ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 40,209 kes.

“Daripada jumlah itu, terdapat 13 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lapan warganegara dan lima bukan warganegara.

“Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 524 kes (61.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 161 kes dan Labuan mencatatkan sebanyak 24 kes positif (2.8 peratus),” jelas Dr Noor Hisham.

Sebagai rekod, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,689 kes.
Juga dilaporkan terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan COVID-19.

Untuk itu, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 286 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat