Kutipan hasil negeri Pahang cecah RM1.018 bilion setakat 8 Oktober 2023 – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Pahang mencatat kutipan hasil negeri mencecah RM1.018 bilion setakat 08 Oktober 2023 kata Menteri Besarnya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut beliau, kejayaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut Negeri Pahang memperoleh kutipan melebihi RM1 bilion.

“Alhamdulillah, kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini telah mencecah RM1.018 bilion yang diumumkan pada Majlis Penutupan Karnival Tanah Pahang 2023 di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis.

“Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terutamanya kepada YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan semua pegawai daerah serta agensi negeri dan Persekutuan atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi mencapai kutipan ini terutamanya menerusi Karnival Tanah Pahang 2023.

“Kejayaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut Negeri Pahang memperoleh kutipan melebihi RM1 bilion,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap Negeri Pahang terus kekal stabil dan makmur demi kesejahteraan dan keharmonian bersama.-SUARATV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat