Kemenangan BN berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai membuktikan Kerajaan Perpaduan berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan ini meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi MADANI.

“Alhamdulillah, tahniah kepada Dato’ Amizar Abu Adam yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Sekalung penghargaan juga kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini.

“Kemenangan ini menjadi kesinambungan kecemerlangan kita di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.

“Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi MADANI.” Katanya menerusi kenyataan Facebooknya pada Ahad.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang berlangsung semalam, calon BN menewaskan dua pesaing lain dari parti Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Datuk Amizar Abu Adam (BN) memperolehi 7,324 undi, Cikgu Kasim Samat (PN) memperolehi 4,375 manakala Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) 43 undi.

Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat