Malaysia gesa hentikan konflik keganasan Palestin-Israel

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa konflik keganasan yang berlaku diantara Palestin dan Israel dihentikan dan mencari jalan bagi menyelesaikan pertikaian.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCS) perlu menuntut semua pihak menghormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

“Majlis harus segera mengadakan mesyuarat tergempar untuk menuntut semua pihak menghentikan keganasan serta menghormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Puncanya mesti diakui. Rakyat Palestin telah mengalami pendudukan haram, sekatan dan penderitaan yang berpanjangan, penodaan Masjid Al-Aqsa, serta politik perampasan oleh Israel sebagai penjajah.

“Ketidakkonsistenan untuk bertindak ke atas rejim Israel menimbulkan persoalan penguatkuasaan seragam prinsip antarabangsa dan menyerlahkan keperluan untuk pendirian yang lebih konsisten dalam menangani pentadbiran apartheid,” menurut kenyataan tersebut.

Jelasnya kenyataan itu lagi, penduduk Palestin mempunyai hak untuk hidup dengan aman dalam sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan sempadan sebelum 1967,

Kenyataan itu menambah, dimana Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan hak rakyat Palestin tidak boleh dipisahkan untuk pulang ke rumah, juga harta mereka dari mana mereka telah dipindahkan.

“Rakyat Palestin mempunyai hak undang-undang untuk hidup dalam keadaan aman dalam sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

“Mereka ada hak untuk kembali ke rumah dan harta benda yang mereka miliki yang sudah dirampas,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat