Gabungan Razarudin, Ayob berjaya kembalikan imej PDRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keharmonian yang terbentuk antara Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai satu pasukan dilihat berjaya mengembalikan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana imej pasukan keselamatan itu pernah tercemar di mata masyarakat dengan pelbagai dakwaan salah laku, rasuah dan jenayah serta pelbagai tohmahan lain.

Bagaimanapun apabila Razarudin dan Ayob yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam melumpuhkan serta memerangi kegiatan jenayah di seluruh negara dilantik memegang dua jawatan terbesar PDRM itu, ia mengembalikan keyakinan masyarakat.

Razarudin berkata, imej baik timbalannya selain kerjasama media dalam melaporkan kejayaan demi kejayaan yang dilakar PDRM antara faktor yang mengangkat imej beliau.

“Imej Datuk Seri Ayob ini memang daripada dulu satu imej yang baik dan mungkin saya ini macam ada tenggelam sedikit.

“Apabila saya naik jadi IGP (Ketua Polis Negara), imej saya ini dilihat baik. Bukan disebabkan saya sendiri tetapi apa ditunjukkan dan dilaporkan oleh media. Media yang meningkatkan imej PDRM,” katanya ketika kunjungan hormat pengurusan tertinggi Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara, Menara 1 Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

Kunjungan hormat itu diketuai Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia Datuk Mohd Efendi Omar; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta Timbalan Pengarang Kumpulan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Azhari Muhidin.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, sebagai ketua pasukan beliau bukan saja perlu mewujudkan keharmonian bersama timbalan tetapi juga pengarah, ketua polis, pegawai serta anggota.

“Sekiranya saya ingin menjadi diktator, saya sebenarnya memerintah dengan mendatangkan ketakutan tetapi kalau ada harmoni kita minta buat A mereka (pegawai/anggota) akan bagi A hingga C kerana nak tunjukkan sokongan kepada kita dan saya juga mesti menunjukkan kerjasama sebagai ketua.

“Lakonan di dunia ini mesti berbeza, dalam mempengerusikan mesyuarat saya boleh dengar semua orang cakap dan pilih yang terbaik untuk PDRM.

“Tapi apabila dalam pejabat, saya dah tak jadi ketua sebaliknya fasilitator sebagai pemudah cara di pejabat. Begitu juga di rumah, saya tak boleh jadi IGP tapi kena jadi bapa kepada anak, suami kepada isteri, anak kepada mak dan datuk kepada cucu,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihati setiap pegawai dan anggota menjaga keterampilan diri bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan PDRM. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat