Zuraida Kini Presiden Parti Bangsa Malaysia

- Advertisement -

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Pada tarikh 8 Oktober 2022, Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia telah mengumumkan bahawa YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, kini telah diangkat menjadi Presiden Parti Bangsa Malaysia bagi menggantikan YB Datuk Larry Sng.

Di dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia, Saudara Nor Hizwan Ahmad, beliau berkata pelantikan tersebut dibuat setelah Ahli-Ahli Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengesahkan usul yang telah dibawa oleh para perwakilan semasa Persidangan Agung Tahunan Parti Bangsa Malaysia yang berlangsung pada 1 Oktober 2022 yang lepas.

Penulis berpendapat bahawa lantikan ini merupakan satu catalyst (pemangkin) kepada Parti Bangsa Malaysia dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 akan datang, kerana YB Datuk Hajah Zuraida adalah seorang pemimpin yang amat berpengalaman dan dijangka akan dapat mengukuhkan usaha parti tersebut dalam mempertahankan kerusi-kerusi parlimen yang disandang oleh mereka.

Dengan kecekapan beliau menguruskan jentera parti yang dapat dilihat di dalam pilihanraya sebelum ini dan mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, tidak mustahil Parti Bangsa Malaysia, walaupun sebagai sebuah parti baru, akan mendapat sokongan yang tinggi di dalam PRU-15 akan datang, khususnya di kawasan bandar dan pekan.

Bermula sebagai Sarawak Worker’s Party (Parti Pekerja Sarawak) yang ditubuhkan pada tahun 2012, Parti Bangsa Malaysia kini mempunyai audiens yang lebih besar kerana pada ketika ini parti tersebut mempunyai Bahagian dan Cawangan di seluruh Malaysia.

Dengan pelantikan YB Datuk Hajah Zuraida ini, kita akan melihat penerimaan masyarakat umum akan jadi lebih meluas, kerana imej parti tersebut sebagai parti nasional dapat diperkukuhkan dengan meletakkan pemimpin yang berpengalaman yang pernah berkhidmat sebagai aktivis, ahli parlimen pembangkang, ahli parlimen kerajaan dan juga sebagai menteri.

Kekuatan Parti Bangsa Malaysia turut ditambah kerana pada masa artikel ini ditulis, penulis telah dimaklumkan dengan penyertaan dua (2) ahli parlimen iaitu YB Datuk Seri Dr. Edmund Santhara (Parlimen Segamat) dan YB Datuk Dr. Xavier Jayakumar (Parlimen Kuala Langat) ke dalam parti tersebut.

Penyertaan ahli parlimen dan juga ahli daripada pelbagai etnik/kaum ini adalah sesuatu yang amat segar di dalam arena politik di Malaysia, kerana kewujudan parti baharu yang berasaskan kepelbagaian kaum dan bersifat inklusif adalah satu perkara yang wajar diberikan tumpuan di negara ini.

Penulis juga melihat, sifat gerak kerja Parti Bangsa Malaysia yang amat memberi penekanan terhadap politik khidmat bakti ini bakal memberikan mereka satu kelebihan berbanding parti lain.

Mungkin kerana kebanyakkan daripada ahli Parti Bangsa Malaysia datangnya daripada kumpulan-kumpulan NGO yang bergerak di atas nama Penggerak Komuniti Negara (PKN), mereka lebih cenderung melakukan kerja-kerja amal, berbanding melaksanakan rapat umum politik semata-mata, sepertimana yang sering dilakukan oleh parti-parti politik sedia ada.

Perkara ini amat jelas dipaparkan semasa negara menghadapi situasi banjir besar di penghujung Disember 2021 hingga Januari 2022 yang lepas, yang mana, Parti Bangsa Malaysia yang pada ketika itu baru sahaja menerima kemasukan para ahli PKN telah melaksanakan gerak kerja bantuan banjir besar-besaran yang memberikan impak positif kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana tersebut di seluruh negara.

Apabila YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin menyertai parti ini dan diangkat menjadi Presiden Designate pada 9 Jun 2022, kita dapat melihat bahawa usaha ini terus digiatkan dan kerja-kerja komuniti ataupun politik khidmat bakti diperluaskan di seluruh negara bagi membantu masyarakat B40 dan M40 yang masih berusaha untuk bangkit setelah terkesan akibat penularan wabak Covid-19 tidak lama dahulu.

Program-program yang dilaksanakan juga lebih teratur dan komprehensif sekaligus menjadikan parti ini dikenali oleh masyarakat, terutamanya di kawasan bandar dan pinggiran bandar (sub-urban).

Pelantikan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin ini sudah pasti akan menjadikan Parti Bangsa Malaysia lebih aktif dalam melaksanakan kerja-kerja komuniti, disamping memperkasakan organisasi ini sebagai salah sebuah kuasa politik yang ampuh, untuk membawa suara rakyat marhaen ke peringkat nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat