VSN2030 Hala Tuju Baharu Sukan Negara

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) akan menjadi hala tuju dan perancangan baharu pembangunan sukan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pelancaran VSN2030 pada hari ini juga, ia akan memberi nafas baharu buat arena sukan negara dengan konsep ‘Daripada Komuniti, Kepada Komuniti’ yang melibatkan seluruh Keluarga Malaysia bagi merencana strategi sukan negara.

Malah, katanya, ia juga menjadikan legasi sukan sebagai alat perpaduan dalam masyarakat serta melahirkan jaguh berkelas dunia yang akan menjadi dokumen rasmi kerajaan bagi pembangunan sukan tanah air.

“VSN2030 juga merupakan sebuah dokumen dasar yang berkonsepkan pendemokrasian sukan dengan keterbukaan untuk menerima pandangan dan suara semua pihak.

“Dokumen ini akan sentiasa diteliti dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dalam memacu industri sukan Malaysia untuk terus gemilang

sehingga tahun 2030,” katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara 2022 di Dataran Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, dalam ucapan sama, Perdana Menteri turut meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berusaha meningkatkan lagi pembudayaan dan pencapaian sukan melalui usaha proaktif.

Antaranya menawarkan pemberian biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran kepada atlet yang cemerlang bermula daripada peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) dan kejohanan peringkat antarabangsa diiktiraf kerajaan.

“Bekas-bekas atlet yang berkemahiran akan dipertimbangkan sebagai Jurulatih Pendidikan Jasmani dan akan dilibatkan dalam inisiatif pencarian bakat sukan di peringkat akar umbi melalui program My Talent Identification (MyTID).

“Semakan dan pewartaan semula Jadual Pertama di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, yang mana jenis-jenis sukan yang tersenarai akan ditingkatkan dan sukan elektronik juga akan turut disenaraikan,” katanya sambil menambah, fasiliti sukan perlu dinaiktaraf bagi meningkatkan akses kepada kemudahan sukan.

“Secara tidak langsung (ia) meningkatkan penglibatan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat