Permintaan Kasut Vans Slip-On Putih Meningkat 7,800% Kerana Squid Game

- Advertisement -

Sejak ditayangkan di Netflix bulan lalu, siri Squid Game menjadi bualan ramai sehingga ia muncul siri paling banyak ditonton di banyak negara.

Siri tersebut secara tidak sengaja telah menyebabkan peningkatan populariti model kasut Vans Slip-On. Kasut mirip Vans Slip-On tersebut disarung setiap pemain dalam siri ini dan secara tiba-tiba ramai yang berminat untuk turut sama menyarungnya.

PARA PELAKON SQUID GAME DENGAN BAJU SUKAN HIJAU DAN KASUT SLIP-ON PUTIH

Berdasarkan laporan Sole Supplier, jualan kasut Vans Slip-On meningkat sehingga 7,800% selepas Squid Game menjadi fenomena di seluruh dunia.

Berdasarkan laman Lyst pula, jualan untuk kasut Slip-On juga meningkat sehingga 97 peratus selepas siri itu dilancarkan. Ini ditambah lagi dengan sambutan Halloween yang bakal tiba, pasti ramai yang akan pilih persalinan pemain Squid Game sebagai kostum mereka.

Anda yang berminat boleh juga mendapatkannya di Lazada atau Shopee. Model Slip-On ini sememangnya versatil untuk apa sahaja aktiviti kerana ia mudah untuk disarung, selesa dan bergaya. Perlu ada sepasang dalam koleksi kasut anda.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat