PKPB Libatkan Kawasan Mukim Klang Sahaja, Bukan Seluruh Daerah – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang yang dikuatkuasakan esok hanya bagi kawasan mukim sahaja dan bukannya di seluruh daerah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan masih berbincang dengan Kerajaan negeri Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat dan akan mengumumkan setelah ianya ditentukan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas aktiviti ekonomi di mukim itu akan beroperasi dari pukul 4 pagi hingga 2 petang bagi pasar borong, 6 pagi hingga 12 tengahari bagi pasar biasa manakala pasar tani pula dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengahari.

Perkara itu katanya, tidak termasuk pengoperasian pasar malam yang masih belum dibenarkan.

Beliau turut mengumumkan beberapa perubahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB di Klang, dengan restoran dibenarkan beroperasi hingga 10 malam.

Bagi pengangkutan awam seperti bas dan teksi termasuk e-hailing dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 12 malam manakala, Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa.

Sementara itu kata beliau, senarai lebih terperinci kegiatan ekonomi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan akan diumumkan oleh MITI dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat