Pengasas Produk Kecantikan Beri Keterangan Kenyataan Hina Rakyat Sabah – Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasas produk kecantikan menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahadah Aisyah atau Cik Non memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini, berhubung kenyataan menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, wanita itu tiba di Bukit Aman petang tadi selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

“Pegawai penyiasat sudah merakam keterangan wanita itu hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi Harian Metro tadi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Cik Non susulan kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya didakwa menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar diri mereka ‘bodoh’ dan rakyat Sabah miskin selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

Cik Non pernah mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat