Rekaan skrin baharu untuk iPhone 14 Pro dan Pro Max

- Advertisement -

Menepati ramalan, Apple memperkenalkan empat variasi peranti pintar paling ikonik mereka iaitu iPhone 14 dengan dua variasi Pro tanpa versi ‘Mini’ untuk siri terbaharu kali ini.

Menerusi majlis pengenalan khas bertemakan ‘Far Out’, syarikat yang berpangkalan di Cupertino, Amerika Syarikat berkenaan mengorak langkah dengan skrin paparan baharu rekaan bentuk ‘pill’.

Pengenalan versi Pro berkenaan yang menampilkan rekaan baharu pada skrin pemuka menjadi titik akhir kepada rekaan takuk yang digunakan untuk beberapa generasi terdahulu.

Kali ini, dua versi selain Pro dikenali sebagai iPhone 14 dan iPhone 14 Plus dengan penggunaan cip pemproses Apple Bionic A15.

Untuk versi iPhone Pro dan Pro Max pula, Apple menggunakan cip termajunya iaitu A16 Bionic manakala variasi ini masih mengekalkan rekaan tiga kamera.

Sesuai dengan kegunaan pengguna pada hari ini yang mementingkan gambar dan video, versi Pro ini dilengkapi dengan sensor lensa utama 48 Megapiksel (MP) sekali gus meningkatkan kualiti gambar terutamanya pada pencahayaan kurang.

 

IPHONE 14
IPHONE 14

 

Teknologi inovatif itu juga turut memperkenalkan ‘Always On Display’ pada versi ini dan sebanyak empat pilihan warna ditawarkan iaitu ‘Deep Purple’, ‘Silver’, ‘Gold’ dan ‘Space Black’.

Menyentuh aspek spesifikasinya, kedua-dua model Pro serta Pro Max ini masing-masing didatangkan dengan saiz skrin 6.1 inci serta 6.7 inci dengan paparan baharu Super Retina XDR dengan teknologi ProMotion.

Dua variasi ini juga didatangkan dengan pelindung ceramik di bahagian depan untuk ketahanan yang lebih baik.

Tidak cukup dengan itu, Apple turut memperkenalkan teknologi ‘Dynamic Island’ untuk dua variasi Pro serta Pro Max ini di mana keupayaan perkakas dan perisian akan digembleng untuk menghasilkan pengalaman kepenggunaan yang sangat baik.

Seluruh barisan iPhone 14 juga dilengkapi dengan keupayaan keselamatan khusus untuk kecemasan dengan bantuan ‘SOS Kecemasan’ menggunakan satelit.

Pengguna boleh melakukan pra tempahan bermula esok dan untuk versi iPhone Pro dan Pro Max manakala keempat-empat versi itu akan masuk ke pasaran tempatan bermula 23 September depan.

Tanda harga untuk versi iPhone Pro adalah RM5,299, iPhone Pro Max (RM5,799) manakala iPhone 14 (RM4,199) dan iPhone 14 Plus (RM4,699).

Pada majlis itu juga, Apple turut memperkenalkan aksesori audio mereka iaitu AirPods Pro dengan harga RM1,099.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat