Hairul Azreen berdebar tunggu reaksi penonton

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Hairul Azreen mengakui berdebar menerima maklum balas penonton untuk filem arahannya iaitu Ada Hantu 2 yang akan ditayangkan 15 September ini.

Walaupun jumlah penonton untuk siri pertama filem itu mendapat sambutan memberangsangkan, namun ternyata bukan tiket buat Hairul untuk berlapang dada.

“Saya memang tidak tahu apa yang hendak dikatakan pada hari pratonton filem ini kerana terlalu berdebar. Sampai buntu kepala saya hendak menyusun ayat bagi menjawab soalan-soalan.

“Ini adalah filem kedua arahan saya, namun sebelum ini tidak ditayangkan di pawagam kerana pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Selain mengarah, saya juga turut berlakon dalam filem ini. Mujurlah barisan pelakon semua adalah rakan-rakan rapat, jadi lebih mudah untuk bekerja. Saya tidak mahu untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi sebagai anak seni saya bangga dengan pencapaian filem-filem tempatan. Semuanya mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton filem Ada Hantu 2, kelmarin.

Selain Hairul, ia turut dibintangi Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi, Henley Hii, Theebaan G dan Rubini Sambanthan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat