Faizal kecewa KJ tak benarkan gym dan sukan outdoor operasi semula tapi buka pawagam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membenarkan pembukaan semula panggung wayang dan acara kesenian.

Faizal kurang senang dengan arahan itu sekali gus mempertikai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih tidak membenarkan gimnasium dan sukan padang beropearasi semula.

“Panggung wayang dibuka? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat. Tolong Khairy, perlu ada kebijaksanaan dalam keputusan kita,” ciap Timbalan Presiden Bersatu itu.

Semalam, kerajaan mengumumkan pembukaan semula aktiviti hiburan kepada individu yang divaksinasi sepenuhnya di semua negeri mulai Khamis ini (9 September), termasuk persembahan seni, pawagam, muzium dan galeri seni.

Keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merangsang kegiatan ekonomi industri kreatif dan keseniaan.

Senada dengan Faizal, bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman juga berkongsi pendapat yang sama di Twitter dengan membantah keputusan tersebut.

“Cinema dah boleh buka tapi gym dan padang bola yang ‘open air’ masih kekal tutup.

“Nampaknya kerajaan lebih pentingkan industri hiburan dari industri sukan dan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya.

Pun begitu, Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan beliau bukan menentang pembukaan semula sektor hiburan, namun bersimpati terhadap nasib pengusaha industri sukan.

Sementara itu, pakar mempunyai pendapat berbeza mengenai risiko panggung wayang dan gimnasium meskipun untuk individu yang diberi vaksin sepenuhnya.

Memetik laporan Malaysiakini, pakar kesihatan, Natascha Tuznik dari UC Davis Health Amerika Syarikat berkata pawagam mempunyai risiko penularan yang lebih rendah berbanding gimnasium kerana orang ramai tidak berkomunikasi antara satu sama lain dan menghadap ke arah skrin yang sama.

Ini berbeza dengan gimnasium di mana orang ramai perlu bernafas lebih kuat dan berpeluh.

Dalam carta risiko Covid-19 oleh ahli epidemiologi penyakit berjangkit Amerika, Saskia Popescu mengklasifikasikan gimnasium sebagai “sederhana tinggi’ kerana kadar pernafasan individu yang tinggi, kesukaran memakai pelitup muka, potensi perkumpulan individu dan sentuhan kepada permukaan peralatan.

Namun, dia mengklasifikasikan panggung wayang sebagai risiko “tinggi” – berbanding gimnasium – kerana melibatkan premis tertutup untuk jangka masa lama yang berpotensi berlaku jangkitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat