Polis tahan 4 lelaki disyaki curi 335 paip saluran kabel elektrik

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Empat lelaki tempatan yang disyaki mencuri dan melarikan 335 batang paip saluran kabel elektrik milik sebuah syarikat telekomunikasi, berjaya ditahan dalam enam serbuan di sini dan Kulai, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis membuat serbuan berkenaan selepas menerima laporan pengurus projek sebuah syarikat telekomunikasi mengenai kecurian batang paip saluran kabel elektrik berkenaan.

Katanya, batang paip berkenaan yang bernilai RM234,000 itu, diletakkan di kawasan tanah lapang di Jalan Dato Onn, di sini, sebelum kehilangannya disedari.

“Bertindak atas maklumat pengadu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah JBS membuat enam serbuan di sini dan Kulai, sebelum berjaya menahan empat lelaki tempatan berusia 33 hingga 57 tahun.

“Kesemua suspek kemudian menunjukkan lokasi batang paip saluran elektrik yang dicuri itu disimpan sebelum menyerbu sebuah premis di Kawasan Perindustrian Indahpura, Kulai.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya merampas sebanyak 228 batang paip saluran elektrik milik syarikat telekomunikasi. Turut dirampas adalah sebuah treler membabitkan kunci dan alat kawalan jauh selain kunci kilang bagi menyembunyikan batang paip berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Raub berkata, kesemua suspek kini ditahan reman empat hari bermula semalam sehingga Sabtu ini dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua, boleh dihukum penjara dan denda atau sebatan.

“Kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif dadah,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat