Peralatan RM3.3 Juta Aktiviti Pemindahan Minyak Secara Haram Disita – Maritim Malaysia

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menyita sebuah bot dan lori tangki membawa kira-kira 28,000 liter diesel bersubsidi serta sebuah pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak secara haram.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bertindak atas maklumat risikan, bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke muara Sungai Paloh, Pasir Gudang pada pukul 12.30 tengah malam tadi bagi menyiasat aktiviti yang mencurigakan di kawasan terbabit.

Setibanya bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, terdapat sebuah bot dan sebuah lori tangki berada berhampiran dengan hos dan pam minyak bersambung antara satu sama lain.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot dikendalikan oleh tiga orang kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga tempatan dan warga Indonesia berusia antara 29 hingga 64 tahun.

“Ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai muatan diesel yang dipercayai telah dipindahkan dari lori tangki di lokasi berkenaan.

“Maritim Malaysia turut menahan dua lagi suspek yang berada di dalam pacuan empat roda di lokasi kejadian terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar berumur 48 dan 58 tahun kerana disyaki turut terlibat dalam aktiviti haram ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek ditahan pada pukul 3.30 pagi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 135(c) Akta Kastam 1967, Peraturan 18 Akta

Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan lain-lain akta berkaitan.

Tegasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung penyelewengan dan ketirisan minyak bersubsidi.

Justeru, orang ramai diminta menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyampaikan maklumat bagi mengekang serta memerangi sebarang aktiviti dan salah laku jenayah di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili menerusi talian 07-8916591 atau talian MERS 999. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat