Kerana ‘Super Ring’, Ustaz Ebit Liew Dikecam Penyokong DAP

Kabinet restu FELDA ambil semula ladang dipajak FGV

KUALA NERUS: Kerajaan merestui cadangan FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar ladangnya yang dipajak kepada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengukuhkan semula kedudukan kewangannya. Menteri...

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Alunan azan iringi petugas kesihatan ke Sabah (Video)

Kuala Lumpur - Laungan azan mengiringi enam kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dihantar ke Sabah, semalam bagi membantu mengawal penularan pandemik COVID-19...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...

Cyberjaya – Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew dikecam para penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memuatnaik gambar snek makanan ringan ‘Super Ring’.

Ebit Liew pada Jumaat, memaklumkan mengenai pembukaan cawangan baharu pasaraya ElewsMart di Cheras dan Cyberjaya di laman Facebooknya.

Melalui makluman tersebut, beliau turut memuatnaik gambar yang memaparkan dirinya sedang memegang ‘Super Ring’.

Beberapa orang penyokong DAP kemudiannya membidas tindakan tersebut kerana disifatkan sebagai menyindir Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang didakwa atas kesalahan rasuah.

Tinjauan SuaraTV mendapati, muatnaik tersebut kemudiannya dihapuskan oleh pengendali laman Facebook Ebit Liew bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Terdahulu garis masa media sosial dipenuhi dengan pelbagai gelagat ahli politik dan masyarakat yang memuatnaik gambar ‘Super Ring’ bagi meraikan berita pendakwaan Guan Eng.

Antaranya bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Baderuddin serta ramai lagi.

Untuk rekod pasaraya ElewsMart yang menawarkan harga murah itu, merupakan sebahagian daripada usahanya untuk membantu orang susah di negara ini.

Semalam Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Zarul merupakan pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24.

Akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu Guan Eng turut menghadapi pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran. – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Alunan azan iringi petugas kesihatan ke Sabah (Video)

Kuala Lumpur - Laungan azan mengiringi enam kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dihantar ke Sabah, semalam bagi membantu mengawal penularan pandemik COVID-19...

PH akan sokong Belanjawan, Muhyiddin perlu hormati Anwar

Kuala Lumpur - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan cadangan...

Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan...