Hairan kenapa lepas runding tarif naik?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli mempersoalkan punca Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan kadar tarif daripada 24 kepada 25 peratus produk Malaysia yang dieksport ke AS bermula 1 Ogos ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu hairan mengapa Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mengalami kenaikan tarif?

“Dalam perkembangan terkini kadar tarif balas oleh Amerika Syarikat, Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang mencatatkan kenaikan tarif – daripada 24 peratus kepada 25 peratus. Sebaliknya, negara-negara jiran seperti Vietnam, Kemboja, Laos dan Myammar berjaya menurunkan kadar tarif selepas perundingan.

“Negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Bruneidan Singapura pula dikenakan kadar tetap tanpa sebarang kenaikan.

“Melihat kepada angka-angka ini, timbul persoalan yang wajar – mengapa Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mengalami kenaikan tarif?

“Adakah ruang rundingan telah dimanfaatkan sepenuhnya? Apakah strategi kita dalam berhadapan dengan dasar perdagangan luar yang semakin mencabar ini? soal wakil rakyat Pas itu.

Fadhli bertanya, apakah kesibukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar negara tidak turut dimanfaatkan untuk proses rundingan ini?

“Atau sebenarnya ‘buat-buat sibuk’ hanya untuk umum ‘potensi pelaburan’? soalnya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat