Ismail Sabri doakan Shinzo Abe segera pulih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili Kerajaan Malaysia mendoakan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe segera pulih seperti sedia kala.

“Saya menerima perkhabaran yang amat mengejutkan tentang bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun hari ini,” katanya.

Ismail Sabri berasa terkilan memandangkan beliau ada berjumpa dengan Shinzo Abe ketika lawatannya ke Malaysia pada Mac lalu.

“Pada Mac lalu, saya baru sahaja menerima lawatan beliau ke Malaysia bagi memperingati ulang tahun diplomatik ke 65 Malaysia-Jepun dan ulang tahun ke 40 ‘Dasar Pandang Ke Timur’ dalam satu majlis makan malam.

“Berita tentang kejadian ini amat mendukacitakan. Beliau kini telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan.

“Dilaporkan Shinzo Abe masih dalam keadaan kritikal,” katanya.

Shinzo Abe dilaporkan ditembak di dada ketika sedang berucap di bandar Nara, barat Jepun, pada Jumaat.

Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berhampiran.

Stesen penyiaran NHK melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.

NHK melaporkan, Abe terus jatuh dan tidak sedarkan diri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat