Obses dengan Justin Bieber, Billie Eilish nyaris kena terapi

- Advertisement -

KELUARGA penyanyi Billie Eilish, 18, mendedahkan pernah bercadang menghantar pemenang Anugerah Grammy 2020 itu ke pusat terapi bagi membendung sikap obsesnya terhadap penyanyi popular Justin Bieber.

Ibunya, Maggie berkata, dia dan suami, Patrick sangat prihatin dengan sanjungan tinggi dan kasih sayang anak perempuan mereka yang tak terhingga terhadap penyanyi itu.

“Saya ingin mengatakan kami masih mempertimbangkan untuk membawa Billie ke pusat terapi bagi merawatnya kerana melihat dia sangat menderita terhadap sikap obses dengan Justin.

“Dia (Billie) obses yang luar biasa hingga kami sedih melihat keadaan dirinya. Malah, kami rasa dia menderita sakit yang teramat sangat kerana sikap obsesnya itu,” katanya.

Justin Bieber
Justin Bieber

Billie yang tergamam dengan pengakuan tidak diduga dibuat ibunya itu terus bertanya, sanggup anda melakukannya kerana itu amat memalukan.

Menurut Maggie, dia masih teringat ketika Billie menangis dalam perjalanan ke sebuah studio tarian apabila mendengar lagu popular Justin sekitar 2012.

Katanya, dia jadi tidak senang hati melihat Billie menangis teresak-esak.

Pendedahan mengejutkan yang dianggap sangat berani okeh Maggie itu dimuatkan dalam episod terbaharu rancangan radio ‘bad guy’ di Apple Music.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat