Selamat Maju Jaya, Ucap Zahid Buat Warlords Umno Sertai PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan “selamat maju jaya” buat 10 warlords daripada Umno yang dijangka menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tegas beliau, tanpa kehadiran 10 warlords berkenaan tidak mengubah imej dan identiti Umno bahkan menurut beliau situasi sama bukan kali pertama berlaku.

“Ada soalan yang telah dibisikkan kepada saya tentang 10 warlords daripada Umno yang mungkin ini pertama kali mereka tidak dapat menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung Umno (PAU).

“…dan saya dimaklumkan bahawa mereka berhasrat untuk menyertai parti-parti lain, saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

“Telah beberapa kali keadaan seperti ini berlaku, Umno insyallah tetap Umno,” katanya pada sidang media di Laman Media sempena PAU 2023 di WTCKL pada Khamis.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan keyakinan bahawa orang Melayu dan Islam akan terus menyokong Umno.

“Tapi kita mesti menepis soal fitnah, soal mehnah yang dilontarkan oleh mereka yang agak terkesan dalam PRU14 dan PRU15.

“Kita ada Ketua Penerangan dan Setiausaha Agung Umno yang baru. Jadi cara bergerak itu agak berbeza dari waktu lampau,” ujarnya.

Tambah Zahid lagi, bagi menghadapi PRN di enam negeri yang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hujung bulan ini dengan gerak kerja terancang bersama rakan-rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.

“Insyallah bagi PRN di enam negeri ini kita akan menyusun gerak kerja kita bersama-sama rakan-rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan untuk kita bukan hanya regain tapi yang penting matlamat utamanya ialah to retain kerusi yang kita ada kerusi.

“DUN akan dibubarkan hujung bulan ini, gerak kerja kita akan bertambah,” kata beliau.

Baru-baru ini, PN mendakwa sekurang-kurangnya 10 ‘warlord’ daripada Umno dijangka menyertai gabungan itu sebelum PRN.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, yang mengesahkan perkara itu, berkata antara mereka yang dijangka menyertai gabungan terbabit adalah pemimpin yang disisihkan Umno.

“Ada…kira orang yang ada nama, yang disisihkan oleh Umno.

“Secara sukarela (mereka) sertai salah satu parti (dalam PN) sama ada PAS atau Bersatu.

“Kita akan umum sebelum PRN,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat