Pemuda Umno Desak Kerajaan Haramkan Jocelyn Chia Masuk Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mendesak Kerajaan Malaysia mengharamkan pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia daripada memasuki negara ini berikutan tindakan melampau wanita itu yang memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengarahkan Exco Pemuda untuk membuat satu laporan polis terhadap Jocelyn Chia.

“Kita desak Kerajaan Malaysia untuk mengharamkan petualang ini menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

“Saya kira semalam semuanya dah tengok satu video, seorang rakyat Singapura bernama Jocelyn Chia yang menghina dan memperlekehkan bangsa Malaysia. Dengan nada meremehkan, Jocelyn ini menistakan kita dengan ayat, saya petik : “fuck you Malaysia”.

“Ini satu penghinaan yang tidak boleh diterima oleh Pemuda Umno dan seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, hari ini juga, saya akan mengarahkan Exco Pemuda saya, untuk membuat satu laporan polis terhadap petualang ini. Kita desak Kerajaan Malaysia untuk mengharamkan petualang ini menjejakkan kaki ke bumi Malaysia,” tegasnya dalam ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di WTCKL pada Khamis.

Selain itu, Akmal juga menyeru kepada semua pimpinan Pemuda, untuk sama-sama turun ke jalanan, berhimpun di hadapan Kedutaan Singapura pada jam 2.30 petang, Jumaat (esok) untuk menyerahkan surat bantahan berkenaan.

Hari ini, Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu, Jocelyn Chia.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau amat terkejut dengan komen menyinggung yang dibuat Jocelyn dalam satu persembahan komedi berdiri, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara jiran itu.
Terdahulu, seorang pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik menerusi akaun TikTok, Chia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negaranya lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi satu minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Ini termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat