Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan Agong

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...

Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada...

2,555 Pesakit Covid-19 Pulih, 935 Jangkitan Baru Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan sebanyak 935 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

Belanjawan 2021: Dr Mahathir Bidas Ahli Parlimen Tak Berprinsip

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan undi belah bahagi gagal dilakukan pembangkang di Dewan Rakyat hari ini kerana cuma 13 ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR – Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diwartakan pada hari ini disambut dalam suasana kehidupan normal baharu yang dilalui masyarakat Malaysia hari ini, jauh berbeza dengan kebiasaan dahulu.

Walaupun semua acara rasmi ditangguhkan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam menghadapi wabak koronavirus (Covid-19), ingatan terhadap Seri Paduka Baginda tidak pernah luntur berdasarkan sembah takzim bertali arus yang diterima daripada pemimpin-pemimpin negara dan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili seluruh rakyat negara ini antara yang terawal merafak sembah tahniah bersempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda dan berdoa agar Seri Paduka terus bersemayam di takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.

Selain itu, beberapa wakil kedutaan asing turut menzahirkan ucapan tahniah.

Dalam keterbatasan aktiviti ketika ini, Seri Paduka Baginda dijangka mencemar duli ke beberapa lokasi bagi mendekati golongan yang memerlukan antaranya pusat gelandangan, pusat jagaan anak-anak yatim dan pusat jagaan orang-orang tua.

Seri Paduka Baginda yang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong pada 1 Mac 2019 amat mengambil berat tentang kebajikan rakyat terutama ketika negara masih berjuang menghadapi krisis kesihatan, wabak Covid-19.

Sangat menghargai usaha dan komitmen petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak ini, Seri Paduka Baginda juga sering mengingatkan rakyat untuk bersama-sama memainkan peranan agar terus berdisiplin dan bersabar mengamalkan amalan kebiasaan baharu seperti yang digariskan Kementerian Kesihatan (KMM).

Pengalaman Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjalani kuarantin selama 14 hari selepas beberapa kakitangan Istana Negara didapati positif wabak itu pastinya akan menjadi satu kenangan dan sejarah buat baginda berdua ketika menghadapi pandemik yang melanda hampir seluruh dunia ini.

Dalam menghadapi kesan Covid-19, Seri Paduka Baginda juga sentiasa mengambil berat setiap usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi menangani impak Seri Paduka Baginda terutama berkaitan kewangan dan ekonomi negara seperti pengangguran dan sektor ekonomi yang terjejas.

Sikap prihatin yang ditunjukkan Seri Paduka Baginda bukan suatu yang baharu kerana baginda cukup dikenali dengan sikap demikian terutama dalam kalangan rakyat Pahang ketika baginda bergelar Tengku Mahkota Pahang selama 44 tahun.

Sikap dan keperibadian itu dibawa Seri Paduka Baginda dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong, menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini berasa dekat dengan Seri Paduka Baginda.

Tidak hairanlah jika tindakan Seri Paduka Baginda sering mendapat perhatian rakyat terutama ketika mencemar duli turun ke akar umbi menemui atau membantu golongan memerlukan.

Adakalanya Seri Paduka Baginda mengetepikan kedudukan dan protokol hingga tular video Seri Paduka Baginda mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa kemalangan. Begitu juga apabila Seri Paduka Baginda beratur sendiri ketika membeli makanan di sebuah restoran makanan segera di Pahang.

Tidak dapat dilupakan, Seri Paduka Baginda turun ke pintu utama Istana Negara meraikan pihak media dengan sumbangan makanan dan minuman ketika isu peralihan tampuk kerajaan persekutuan Februari lepas.

Seri Paduka Baginda juga berkenan bersama-sama petugas barisan hadapan negara turun memantau pergerakan trafik di ibu negara pada peringkat awal PKP dilaksanakan kerajaan Mac lepas.

Sebagai payung perpaduan, Seri Paduka Baginda amat mementingkan penyatuan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum di negara ini dan tidak mahu rakyat disogokkan dengan api permusuhan dan perpecahan terutama disebabkan politik.

Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah telah membantu negara keluar daripada krisis politik susulan peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari sebelum memperkenankan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac lalu.

Dalam Titah Diraja semasa merasmikan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 baru -baru ini, Seri Paduka Baginda bertitah supaya ahli politik mempamerkan kematangan mereka dan sentiasa menjiwai keluh resah rakyat.

Semoga imej dan perwatakan yang ditonjolkan Seri Paduka Baginda yang sentiasa mendahulukan rakyat menjadi ikutan pemimpin-pemimpin negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, berdaulat dan disegani dunia. Daulat Tuanku!.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...

Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada...