1000 Tempahan Hotel Dalam Sejam Tidak Benar, Hanya Stretegi Pemasaran

- Advertisement -

LANGKAWI – Pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainuddin Kadir semalam berkenaan 1000 tempahan bilik hotel di Langkawi, disanggah oleh seorang pengusaha hotel di sana.

Seorang pengusaha hotel di pulau bebas cukai itu ketika dihubungi berkata, data berkenaan tempahan hotel merupakan maklumat sulit milik hotel dan tidak dikongsikan kepada mana-mana pihak termasuk LTA sendiri.

Justeru menurutnya, adalah mustahil apabila Zainuddin boleh mengeluarkan data 1000 tempahan yang dilaporkan oleh media semalam.

“Tiada mana-mana hotel yang akan berkongsi data tempahan kepada sesiapa, termasuk LTA sendiri.

“Kita tidak tahu apa niat dia keluarkan kenyataan tersebut, mungkin sebagai langkah pemasaran, katanya ketika dihubungi.

Tambah pemilik hotel berkenaan, industri perhotelan mengalami waktunsukar ketika ini, meskipun sektor tersebut dibenarkan beroperasi.

Ia berbeza dengan sektor perhotelan di negeri atau tempat pelancongan lain.

Di Langkawi menurutnya, sektor perhotelan kekal suram meskipun kerajaan membenarkan rakyat negara ini untuk melancong kerana sektor perhotelan di Langkawi bergantung pada pusat-pusat tarikan seperti kereta kabel, taman tema, aktiviti selaman dan sebagainya yang masih dilarang untuk beroperasi ekoran tempoh pemulihan dalam memerangi Covid-19.

Semalam, media melaporkan sektor perhotelan di Langkawi menerima lebih 1,000 tempahan bilik hotel daripada pelancong demostik dalam tempoh sejam selepas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Astro Awani memetik Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainuddin Kadir, berkata perkembangan itu menandakan permulaan positif bagi industri pelancongan selepas terjejas akibat wabak Covid-19.

“Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

“Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi,” ujarnya.

Zainuddin berkata persatuan itu menetapkan sasaran untuk menarik satu juta pelancong domestik ke Langkawi dari 10 Jun hingga 31 Disember.

Pada waktu yang sama, katanya ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan, terutama mengenai fasiliti yang boleh gunakan di hotel seperti kolam renang.

“Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pegumuman PM tadi tidak secara terperinci. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun, Zainuddin berkata tarikan pelancongan utama di Langkawi termasuk kereta kabel dan taman tema masih ditutup kepada orang ramai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat