Kerjasama PAS dalam PN Cukup Mantap Untuk Hadapi PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS sedia untuk bekerjasama dengan semua parti dalam Perikatan Nasional, termasuk gabungan Umno, MIC dan MCA dalam Barisan Nasional dan Bersatu yang kini diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama parti itu dalam kerajaan PN hari ini semakin mantap dan berkesan, justeru memberi keyakinan kepada semua parti dalam gabungan tersebut bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Dalam satu kenyataan semalam, Takiyuddin berkata, segala andaian dan spekulasi berkenaan parti-parti dalam PN hanya perang psikologi politik semata-mata.

“PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-15 meskipun tarikhnya belum diputuskan.

“PAS juga amat yakin kerjasama dan sikap bertoleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan PN sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri-negeri sehingga ke akhir penggal,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik berkata Umno berkemungkinan akan menjadi parti dominan dalam PN, dan meramalkan parti itu tidak akan bertanding pada PRU15 sebagai komponen PN.

Maszlee turut mendakwa bahawa Umno dan PAS membuat perbincangan bagi menghadapi PRU-15 tanpa melibatkan Bersatu.

Untuk rekod, Umno dan PAS sebelum ini teah memeterai gabungan Muafakat Nasional.

Sementara itu, PH nampaknya kini sedang bergelut untuk meraih sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen dalam blok kerajaan untuk mengggulingkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Desas-desus sebelum ini juga membayangkan gabungan tersebut sudah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan PN.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat