Kerana Mabuk, Minta Lesen Hulur Kad Bank

- Advertisement -

SHAH ALAM: Sseorang lelaki warga tempatan, dipercayai mabuk, menyerahkan kad bank ketika polis meminta dia menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu.

Situasi itu berlaku ketika sekatan jalan raya (SJR) dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Dataran Shah Alam, tengah malam kelmarin.

Berikutan itu, lelaki terbabit yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dari Puchong menghala ke Klang ditahan untuk siasatan lanjut.

Turut ditahan, sepasang kekasih yang mahu bersiar-siar dan melepak di Dataran Shah Alam apabila lelaki berusia 20 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan itu tiada lesen memandu dan tidak mempamerkan cukai jalan manakala kekasihnya tidak bekerja.

Selain itu, polis memeriksa dua wanita berusia 20-an yang mengaku dilahirkan di Malaysia namun tiada sijil kelahiran dan tiada kad pengenalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, SJR itu adalah sebahagian elemen penugasan Op Lejang Khas Bersepadu Peringkat IPD Shah Alam yang bermula pagi kelmarin.

Beliau berkata, ia membabitkan semua bahagian, semua balai dan pasukan khas dalam IPD Shah Alam seperti trafik, narkotik, jenayah, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) untuk membendung kecurian kenderaan di daerah Shah Alam.

“Bagi Mei, sebanyak 156 kes kecurian kenderaan dilaporkan malah kebanyakan kes menyumbang kepada kejadian jenayah di Shah Alam adalah kecurian motosikal.

“Antara kejayaan dalam operasi ini adalah tangkapan tiga suspek warga tempatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan apabila dalam tangkapan di Ken Rimba, Seksyen 16 itu polis turut merampas tujuh motosikal curi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika meninjau operasi SJR selama empat jam bermula 10 malam dan berakhir 2 pagi di Dataran Shah Alam di sini – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat