Gerakan BLM Kini Merebak Ke Seluruh Dunia

- Advertisement -

LONDON: Gerakan Black Matter Live (BLM) yang bermula susulan kematian lelaki berusia 46 tahun George Floyd, akibat kesukaran bernafas setelah lehernya ditekan anggota polis ketika di tahan di Minnesota bulan lepas, kini telah merebak ke seluruh dunia.

Rome, Paris, London, Brussel, Berlin antara beberapa bandar utama dunia yang kini menyertai protes aman besar-besaran yang sama seperti yang berlaku hampir di semua tempat di Amerika Syarikat, bagi memprotes layanan pihak berkuasa terhadap golongan berlainan warna kulit.

Di London, sebuah tugu menggambarkan peniaga hamba dari kurun ke-17 Edward Colston., dihumban ke sungai oleh para demonstrator.

Sungguhpun protes besar-besaran ini dibuat ketika dunia masih diselubungi wabak Covid-19 tapi ini tidak menghalang para demonstrator untuk keluar dan menyatakan bantahan mereka. Kebanyakan mereka melihat Kematian Flyod hanya pencetus kepada isu yang lebih besar – penindasan pihak berkuasa terhadap mereka yang berlainan warna kulit.

Bukan rahsia orang kulit hitam di Amerika Syarikat mendapat layanan buruk dari pihak berkuasa. Mereka selalu ditahan tanpa sebab atau alasan yang sangat remeh hanya kerana mereka berkulit hitam sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan tersebut.

Kematian Floyd hanyalah kemuncak kepada rasa tidak puas hati berkenaan – CNN

Seorang Youtuber teknologi kulit hitam terkenal dari New York, Marques Brownlee mendedahkan beliau pernah di tahan polis ketika sedang memandu hanya kerana jenis kereta yang digunakannya ketika itu, tidak pernah dilihat di kawasan tersebut.

Ironinya, beliau menggunakan kenderaan jenis Tesla Truck yang bukan sahaja dikeluarkan di negara tersebut bahkan majlis pelancarannya sahaja mendapat ratusan juta tontonan di Youtube!

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat