YBR dan BMKPM Meterai MoU Tajaan RM4.7 Juta Biasiswa Pendidikan Lepasan Matrikulasi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Prihatin dalam meningkatkan modal insan negara, Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) hari ini telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penajaan biasiswa kepada 100 orang pelajar cemerlang lepasan matrikulasi bagi Program Penajaan Biasiswa YBR.

“Hasil usaha sama ini, YBR telah memperuntukan sejumlah RM4.7 juta bagi biasiswa pendidikan untuk pelajar yang terpilih bagi program ini meliputi elaun sara diri, elaun buku, pemberian komputer riba serta peruntukan Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebagai persediaan untuk memulakan semester baru.

“Jalinan kerjasama selama 4 tahun bermula dari tahun 2022 sehingga 2025 ini menyasarkan penerima seramai 25 orang pelajar setiap tahun bagi penajaan biasiswa pendidikan setiap seorang berjumlah RM47,000,” kata kenyataan YBR hari ini,

Memorandum itu ditandatangani bersama oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Hj Ghazali.

Majlis pemeteraian memorandom yang diadakan di Ruang Legar Aras 6, Kompleks E, KPM  itu turut disaksikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan juga Pengarah Bahagian Matrikulasi, Dr. Hajah Rosnarizah Abdul Halim.

Dari kiri Dr Hajah Rosnarizah Abdul Halim Pengarah Bahagian Matrikulasi Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Syaiful Rizal Abdul Ghani Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat YBR Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat YBR

“Kerjasama ini juga bertujuan bagi membuka peluang kepada pelajar cemerlang khususnya yang memperolehi keputusan cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda selepas menamatkan program matrikulasi,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Mohd Irwan dalam ucapan beliau berkata YBR akan sentiasa menyokong usaha dalam meningkatkan sosioekonomi negara melalui pendidikan.

“Usaha antara YBR dan BMKPM ini juga diharapkan menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada pelajar yang cemerlang untuk terus berjaya di dalam dalam pendidikan serta sedikit sebanyak menyumbang kepada generasi muda yang berkaliber,” katanya.

Ujarnya lagi, penajaan pelajar ini turut memandang dari aspek pembangunan modal insan negara yang mampan serta menunjukkan komitmen yang diberikan oleh YBR dan BMKPM demi membantu pelajar yang cemerlang dan tidak berkemampuan dapat mengorak langkah ke hadapan tanpa sebarang masalah kewangan.

Dalam pada itu, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, kerjasama antara YBR dan BMKPM amat bersesuaian kerana usaha ini dilihat memberi keuntungan dan kebaikan bersama di mana pelajar berpotensi menjadi prospek sumber tenaga kerja mahir apabila menamatkan pengajian serta bertepatan dengan visi dan objektif penubuhan YBR iaitu membantu masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan.

Syaiful Rizal yang juga bekas pelajar dari Matrikulasi, berharap kerjasama ini dapat menjadi suntikan semangat buat pelajar-pelajar cemerlang matrikulasi dari keluarga B40 melangkah jauh di dalam bidang yang diceburi dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga pelajar tersebut.

Untuk rekod, bagi tahun 2022, seramai 7,045 pelajar telah ditawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17.39 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat