27,202 Permohonan Pinjaman FSA2 KWSP Berjumlah RM561 Juta Lulus – MBSB Bank

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MBSB Bank mengesahkan menerima 108,284 permohonan pembiayaan peribadi patuh syariah Ihsan-i melalui program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Daripada jumlah ini, katanya hanya 49,130 permohonan disahkan layak dengan 27,202 diluluskan membabitkan nilai keseluruhan pembiayaan RM561 juta.

“Keseluruhan proses Ihsan-i daripada peringkat permohonan kepada pengeluaran pembiayaan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa memerlukan pemohon hadir ke cawangan MBSB Bank.

“Pemprosesan permohonan ini giat dijalankan MBSB Bank dalam usaha memastikan pemohon dapat menerima maklum balas dengan kadar segera,” katanya melalui kenyataan.

Bagi permohonan tidak berjaya, katanya, ia disebabkan beberapa faktor seperti pemohon berstatus muflis dan nisbah khidmat hutang pemohon yang tinggi.

“Bagaimanapun MBSB Bank mengambil maklum terdapat pemohon berstatus muflis menerima kelulusan. Ini disebabkan jumlah permohonan diterima sangat tinggi dalam tempoh masa singkat yang membawa kepada berlakunya keralatan sistem.

“Pemohon berkenaan pula membuat pengisytiharan yang mereka bukan muflis ketika membuat permohonan,” katanya.

Menurut kenyataan sama, MBSB Bank berkata pihaknya tidak akan mengenakan sebarang caj terhadap jumlah pembiayaan Ihsan-i yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan mereka dan status Akaun 2 KWSP juga tidak akan terjejas kerana Ihsan-i MBSB Bank mengguna pakai konsep Tawarruq.

“Antara kelebihan Ihsan-i adalah ansuran bulanan rendah pada tahun pertama kerana pelanggan hanya perlu menjelaskan bayaran keuntungan, tiada caj proses ataupun caj penamatan awal,” katanya.

Katanya, Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ dari jumlah keuntungan sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal.

“Kadar keuntungan Ihsan-i sangat kompetitif berbanding dengan kadar pembiayaan peribadi sedia ada. Ansuran bulanan Ihsan-i boleh bertambah atau berkurang tertakluk perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR), namun jumlah keseluruhan ansuran bulanan yang dibayar tidak boleh melebihi harga jualan.

“Harga jualan ini sudah dimaklumkan kepada pelanggan dalam tawaran pembiayaan yang perlu dipersetujui,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat