Tengku Hassanal berpantun ingatkan ahli politik jaga rakyat

- Advertisement -

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan ahli politik agar menjaga rakyat.

Titah Baginda lagi, pelantikan sebagai Ahli Yang Berhormat adalah satu amanah untuk berkhidmat berbakti dan memelihara nasib rakyat Baginda.

Bermandi-manda di air terjun pelangi,

Singgah sebentar di kampung ubai,

Jangan berbalah jangan berbagi,

Nanti rakyat saya hidup terabai.

 

Singgah di rompin mencari nenas,

Menghala ke pekan membeli baju raya,

Pemimpin berlawan rakyat yang lemas,

marilah bersatu demi negeri kita.

“Suka saya ingatkan bahawa pelantikan ini satu amanah untuk berkhidmat berbakti dan memelihara nasib rakyat saya.

“bukannya bermegah-megah dan tunjuk kuasa.

“Malah tugas ini harus dilaksanakan oleh setiap ahli yang berhormat dengan penuh ikhlas jujur dan berintegriti.” titah Tengku Hassanal di Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2, Dewan Negeri Pahang, sebentar tadi.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat