Pemangku Raja Pahang bangga dengan 7 pelaburan antarabangsa di Pahang bernilai RM11 bilion

- Advertisement -

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga atas kejayaan dengan pencapaian Kerajaan Negeri Pahang dengan projek 7 projek antarabangsa di negeri itu.

Tengku Hassanal bertitah, 7 projek antarabangsa itu bernilai RM11 bilion itu datangnya dari negara China, Thailand, Singapura dan Korea Selatan.

Tengku Hassanal bertitah demikian di Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2, Dewan Negeri Pahang, sebentar tadi.

Dalam titah ucapan Baginda juga, Baginda berharap kerajaan negeri dapat memperkukuhkan lagi iltizam untuk melipatgandakan produktiviti daya saing bagi mempastikan prestasi hasil tahun 2023 dapat dipertingkatkan lagi.

“Saya berharap pentadbiran baharu kerajaan saya ini dapat meneruskan keharmonian serta kegemilangan untuk membangunkan ekonomi dan fizikal serta meningkatkan pendapatan negeri demi kemakmuran rakyat saya.

“Kerajaan saya harus memperkukuh lagi iltizam untuk melipatgandakan produktiviti dan daya saing bagi memastikan prestasi kutipan hasil tahun 2023 dipertingkatkan lagi sebagaimana sasaran yang telah ditetapkan.

“Saya berbangga dengan pencapaian kerajaan sehingga disember 2022 sebanyak 7 projek pelaburan antarabangsa dari negara singapura, china, thailand dan korea selatan telah berjaya dimuktamadkan dengan jumlah nilai pelaburan lebih kurang rm11 bilion ringgit.” Titah Baginda. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat