Hadkan belanja kempen, rasuah boleh dihapus dan saingan adil – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amalan rasuah dalam pilihan raya boleh dihapuskan dengan mengehadkan perbelanjaan oleh parti semasa Pilihan Raya Umum (PRU).

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar jumlah bendera, sepanduk dan papan iklan dihadkan bagi satu-satu kawasan yang ditandingi maka perbelanjaan boleh dikurangkan.

“Jika kerajaan benar-benar ingin menghapuskan rasuah cara terbaik ialah dengan mengehadkan perbelanjaan oleh parti semasa PRU.

“Umpamanya jika jumlah bendera atau sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi satu-satu kawasan yang ditandingi, perbelanjaan boleh dikurangkan.

“Apa yang penting ialah menghadkan keghairahan memasang bendera, sepanduk dan papan iklan dikurangkan. Pertandingan akan jadi lebih adil. Yang kurang kewangan pun boleh harap menang. Pada masa yang sama rasuah akan dikurangkan kerana kempen tidak perlu dana yang besar,” syor Dr Mahathir dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, “katakanlah jika parti letak calon di satu kawasan, hanya 100 bendera, 20 sepanduk dan 2 papan iklan dibenarkan, maka kos kempen tidak akan menjadi tinggi”.

“Saingan antara parti yang kaya dan yang miskin akan jadi lebih adil.

“Sogokan boleh dikurang dengan orang ramai menggunakan kamera untuk rekod dan lapor. Pihak polis juga boleh guna kamera. Demikian juga badan-badan pencegah rasuah.

“Jika terdapat tiga kes sogokan, pencalonan parti berkenaan perlu dibatal,” kata beliau.

Tambah Dr Mahathir lagi, memang sogokan kepada pengundi boleh disembunyi.

“Tetapi amalan sogokan secara terbuka seperti dilakukan dalam PRU15 akan dikurangkan. Sedikit sebanyak ia berkesan dalam pengurangan sogokan.

“Jika satu dua kes dikenakan tindakan, parti-parti akan lebih berjaga-jaga dan tidak akan sogok wang secara yang boleh dikesan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat