Mia Sara akur tawaran lakonan terhad kerana ketinggian, wajah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon cilik Mia Sara akur tawaran lakonan terhad gara-gara ketinggian dan wajahnya yang kelihatan seperti masih kanak-kanak.

Mia, 19, mengakui penat sering kali menjawab persoalan yang sama mengenai umur dan juga ketinggiannya namun sudah lali dengan perkara itu.

Kata pemilik nama Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, dia sudah lama berdepan perkara itu dan tekad untuk bersuara.

“Sejujurnya, saya penat juga menjawab apabila orang bertanya mengapa saya tidak besar-besar namun saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

“Saiz tubuh dan tinggi saya memang begini, jadi saya terima dengan hati terbuka. Jika diikutkan, pada usia ini saya sudah boleh membawa watak yang lebih dewasa, namun hendak buat apa lagi kan?

“Jadi jika diajukan mengenai tawaran lakonan, memang tidak dinafikan agak terhad. Jika ada tawaran, pasti saya boleh buktikan peralihan usia itu,” kata Mia.

Berbekalkan ketinggian 149 sentimeter, Mia berharap penerbit dan pengarah memberikan kepercayaan kepada untuk memikul pelbagai watak.

Mia mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2008 menerusi drama Adamaya disamping pelakon terkenal Datin Lisa Surihani.

Dia pernah menjadi perhatian sebagai pelakon kanak-kanak paling comel dan membintangi beberapa filem seperti Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan Papa I Love You.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat