Kamera peranti kelas pertengahan terbaik

- Advertisement -

Keupayaan kamera sememangnya menjadi ‘tie-breaker’ kepada pengguna dalam pemilihan peranti pintar kerana kebanyakan pengguna sangat terkait rapat dengan media sosial.

Setiap gambar atau momen indah akan dikongsi menerusi platform media sosial masing-masing, sekali gus peranti yang menawarkan keupayaan kamera yang baik adalah jawapannya.

Bagaimanapun, kebanyakan peranti yang menawarkan keupayaan kamera yang baik selalunya mempunyai tanda harga yang agak tinggi berbanding peranti biasa.

Untuk itu, Samsung menerusi Galaxy A54 adalah pilihan terbaik yang ada untuk pengguna di samping tanda harga yang lebih mesra poket.

Menerusi tetapan kamera peranti ini, ia menggunakan tiga lensa iaitu 50 Megapiksel (MP) untuk sudut lebar, 12MP untuk sudut ultra lebar dan 5MP makro manakala untuk swafoto adalah 32MP.

Tetapan tiga lensa berkenaan mampu untuk menghasilkan imej lebih berkualiti khususnya untuk keadaan pencahayaan kurang atau pada waktu malam.

Lensa ini dapat mengurangkan ‘gangguan’ atau ‘noise’ pada gambar sekali gus menghasilkan imej yang jelas dengan tona warna lebih tajam dan realistik.

Peranti ini juga boleh melakukan rakaman video sehingga resolusi 4K 30 Bingkai Sesaat (FPS) selain terdapat beberapa mod lain.

Antara mod yang boleh digunakan untuk kegunaan pengguna adalah Makro, AR, Potret, Panorama, Pro Video, Pro dan Hyperlapse.

Bagi pengguna, prestasi kamera pada waktu malam adalah penting kerana rakaman gambar pada ketika itu lebih menakjubkan berbanding pada ketika siang.

Peranti Samsung Galaxy A54 ini boleh mengambil gambar tidak mengira masa dan sistem kamera adalah antara yang terbaik untuk peranti kelas pertengahan.

Lensa kamera ini menyokong empat mod pembesaran iaitu 1X, 2X, 4X dan 10X mengikut kesesuaian pengguna dan rakaman subjek yang dimahukan.

Operasi kamera dan video juga mampu untuk bertahan dalam tempoh masa yang lama kerana ia dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh dengan pengecas pantas.

Bateri berkenaan mampu bertahan lebih daripada 24 jam untuk penggunaan sederhana, manakala untuk penggunaan optimum, ia mampu bertahan lebih 18 jam.

Secara keseluruhannya, keupayaan bateri ini adalah baik dengan pengecas 25W namun ia akan menjadi lebih baik jika Samsung menggunakan sokongan pengecas 45W sama seperti siri kelas perdana iaitu Galaxy S23.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat