Pemain badminton kembali berlatih pada 1 Jun, tunggu kelulusan kerajaan – BAM

Ahmad Idham kembali teraju FINAS

KUALA LUMPUR: Belum tiga bulan menamatkan khidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik semula...

Menu nasi beriani kambing, ayam varuval untuk PM – Sugu Pavithra

IPOH: Hidangan nasi beriani kambing, kuah dal dan ayam varuval adalah antara menu yang dijanjikan akan dimasak oleh pasangan YouTuber, Sugu Pavithra jika Perdana...

PKR Umum Tak Bertanding PRK Chini

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang dijadual pada bulan Julai depan. Pengumuman itu...

MBSB Bank Faham

MBSB Bank mengumumkan untuk tidak akan mengenakan sebarang kos yang berkaitan dengan moratorium automatik kerana kesan buruk akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan...

PKR Tak Jadi Tanding PRK DUN Chini, Beri Alasan Bimbang Wabak Covid-19

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Perkara itu disahkan oleh...

KUALA LUMPUR, 7 Mei   – Pemain badminton negara di bawah program Road to Tokyo (RTT) mungkin kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada 1 Jun dan masih  menunggu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sesi latihan untuk atlet negara terhenti berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac bagi mengekang penularan COVID-19.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga memutuskan untuk mengundang pemain bebas yang berkemungkinan besar layak ke Olimpik Tokyo berdasarkan ranking semasa dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk berlatih dua kali seminggu di ABM bersama-sama dengan skuad kebangsaan pada pertengahan Julai.

“Demi kepentingan negara dan skuad badminton kebangsaan, saya membuat keputusan untuk mengundang pemain-pemain bebas. Sebaik sahaja pemain ini mengesahkan kelayakan mereka ke Olimpik Tokyo, mereka akan diundang  untuk menjalani latihan sepenuh masa di ABM.

“Saya amat berharap pemain ini akan mengambil peluang ini untuk bekerja sebagai satu pasukan Malaysia dan pada masa yang sama, bekerja lebih keras untuk mencapai impian Olimpik. Selepas mesyuarat baru-baru ini dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, BAM telah bergerak secara proaktif membuat persediaan bagi pemain kebangsaan kita kembali ke ABM.

“Sebagai Presiden BAM, saya telah mengambil langkah untuk memastikan BAM dan ABM bersedia untuk dibuka secara berperingkat.  ABM menempatkan pemain, jurulatih dan pejabat pentadbiran BAM dan dengan itu semua prosedur operasi standard (SOP) telah dipertingkat dan akan dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Norza menegaskan langkah berhati-hati tambahan akan dilaksanakan untuk keselamatan semua orang di premis itu.

Antara pemain badminton bebas yang dilihat bakal menempah tiket ke Tokyo ialah pemenang pingat perak pada temasya Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki).

Norza, yang menjangkakan skuad Piala Thomas dan Piala Uber untuk mula menjalani latihan dari 15 Jun, mahu pasukan berkenaan mencatatkan kejayaan pada Piala Thomas dan Uber selepas kedua-dua kejohanan dijadualkan semula ke 3-11 Okt di Aarhus, Denmark disebabkan pandemik COVID-19.

“Berikutan kita mahu pemain terbaik untuk mewakili Malaysia, saya ingin mengundang pemain bebas untuk menyertai pasukan ini dalam kejohanan ini. Pemain bebas yang dipilih akan diundang untuk menjalani latihan di ABM menjelang pertengahan Julai 2020.

“Ini dengan harapan pemain ini akan dapat berlatih bersama-sama  dan pada masa yang sama, membina ‘esprit de corps’ sesama mereka. Berikutan BAM mengambil langkah proaktif seumpama itu, saya amat berharap para pemain akan berusaha keras dan pada masa yang sama, membawa kegemilangan kepada negara kita yang tercinta, Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Presiden FIFA Ucap Selamat Hari Raya Kepada Rakyat Malaysia

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia. Infantino membuat ucapan itu dalam bahasa Inggeris menerusi...

Skuad B-18 tekad jadi pasukan negara pertama ke Piala Dunia

Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) kebangsaan, memandang ke hadapan untuk menjadi pasukan Malaysia pertama membuat penampilan di pentas Piala Dunia, kata pengurusnya Datuk Kamarul...

Bundesliga: Bermain Tanpa Penonton, RB Leipzig Belasah Mainz 5-0

BERLIN: Penyerang Timo Werner meledak hatrik ketika RB Leipzig membelasah Mainz 5-0 untuk kembali ke tangga ketiga Bundesliga dan menghidupkan impian memburu kejuaraan. Skuad kendalian...