Tiada kompromi pihak cuba ambil kesempatan, cetus ketegangan kaum – MCMC

- Advertisement -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan, amaran sama juga ditujukan kepada mana-mana pihak yang membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas di media sosial sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Susulan kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), MCMC
menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular di media sosial berkenaan dakwaan terdapat rekaan yang dikatakan mirip kalimah Allah pada tapak kasut wanita jenama tempatan.

Susulan itu, pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarah JAKIM untuk memanggil pihak berkaitan hari ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, lapan laporan polis diterima semalam di empat negeri berhubung dakwaan berkenaan.

Mengulas lanjut, MCMC mahu semua pihak memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (agama, raja, kaum) sebaliknya laporkan kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat