Life Petal hasilkan single raya “Lambaian Syawal”

- Advertisement -

Band yang berasal daripada negara jiran, Singapura, Life Petal band turut meraikan syawal pada tahun ini dengan terhasilnya Single Raya terbaru kumpulan tersebut yang berjudul “Lambaian Syawal”.

Lagu “Lambaian Syawal” yang berentak belada ini dikarang oleh Mohd Khair Mohd Yasin (penulis lagu “Cinta Melonkolia” pada awal 90an).

Kumpulan Life Petal yang ditubuhkan pada tahun 2013 merupakan sebuah band yang telah bertapak dan mencipta nama di Singapura, Kumpulan ini mengahasilan karya bergenre  Simfonik Rockestra Balada.

Inspirasi rujukan Life Petal adalah seperti band Raven, Khalifah & Mojo. Inspirasi di barat (luar negara) pula seperti band Cardiant, Nightwish, Alcatrazz, Myrath & Scorpions.

Dengan terhasilnya single terbaru raya “Lambaian Syawal” turut memeriahkan suasana hari raya pada tahun ini, “Lambaian Syawal” mengisahkan suasana menyambut bulan Syawal secara umum, ada yang menyambut secara gembiraan & ada pula suasana yang sedih dan pilu.

“Gembira kerana sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Maka hari Raya adalah kemenangan buat mereka. Kesedihan pula kerana ada yang ahli anggota atau saudara mara yang telah pergi dijemput Ilahi tidak dapat menyambut sama seperti hari raya yang sebelum ini. Ujar Mohd Khair

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat