Penyebaran kandungan palsu berkaitan Tilawah Al-Quran disiasat – MCMC

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MCMC pada Sabtu.

Beliau berkata, penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi media sosial Facebook (FB) melalui beberapa akaun.

“Pada Jumaat, empat daripada beberapa pemilik akaun FB yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan mereka, ”katanya.

“Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“MCMC menasihatkan orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu,” kata kenyataan itu lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat