Konsert “Journey” merupakan konsert solo terakhir buat Dato awie

- Advertisement -

Setelah kejayaan beberapa siri konsert wings The Rock Emperor yang telah berlansung di Kuala lumpur, Singapure dan juga penang kini dato awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Osman bakal mengadakan satu konsert solo yang diberi judul “Journey” Awie.

Konsert “Journey” yang akan berlangsung di 2 lokasi iaitu di Star Theatre, Singapore pada 27 Julai 2024 dan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Ogos 2024. Konsert solo ini adalah berikutan maklum balas peminat yang rindukan persemebahan solo Dato Awie setelah kejayaan siri konsert The rock emperor.

Pihak menganjur Truepixel Sdn Bhd dengan kerjasama Rumah Produksi Merah telah membuat pengumuman di satu majlis berbuka puasa bersama Produksi Rumah Merah yang telah diadakan id sebuah restoran di Putrajaya bersempena meraikan rakan-rakan media yang telah banyak memberi sokongan sepanjang siri penganjuran konsert The Rock Emperor.

Menurut Dato Awie konsert journey ini Bakal menjadi konsert terakhir solo beliau dan telah menetapkan untuk bersama Wings untuk Sembilan tahun lagi sebelum berehat bersama keluarga tercinta.

Konsert Journey ini adalah bingkisan daripada kisah perjalanan selama 30 tahun dato awie sebagai anak seni, jatuh bangun dalam industri, bakal saya susun dan kisahkan untuk tatapan semua peminat saya dalam sebuah persembahan selama 2 jam.

“Ini adalah persembahan solo terakhir saya. Jadi, saya berharap peminat tidak akan lepaskan peluang untuk meluangkan masa berkongsi malam istimewa tersebut bersama saya kerana hanya yang terbaik yang saya janjikan untuk malam tersebut.” Ujar Awie

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn Bhd, Samsul Kamal berkata, “Pra-pendaftaran untuk konsert ini akan dibuka pada 1 Mei 2024. Manakala penjualan tiket akan bermula pada 15 Mei 2024. Tiket Konsert Dato’ Awie, JOURNEY boleh didapati melalui laman web www.pixeltix.com.my dan diskaun istimewa akan diberikan kepada pendaftar terawal.”

Hanya kurang tiga ribu tiket akan dijual untuk konsert “Journey” maka siapa yg cepat akan dapat.

Tambah beliau lagi, “Sidang media rasmi berkenaan Konsert Dato’ Awie, JOURNEY akan diadakan dalam masa terdekat. Maklumat mengenai harga tiket, konsep dan pemilihan lagu akan turut dikongsi ketika sesi tersebut.”

Beberapa artis veteren tanah air turut dijemput bagi memeriahkan majlis. Dato’ Awie dan Eddy Amir Salim turut mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan kepada semua tetamu istimewa terbabit. Rumah Kebajikan An-Naafi rumah anak yatim turut dijemput pada malam tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat