Kompleks beli-belah, pasar raya di Terengganu tutup sepenuhnya 1 SyawalKenderaan

- Advertisement -

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Semua kompleks beli-belah, pasar raya dan pasar raya besar di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah tutup sepenuhnya pada 1 Syawal.

Premis makanan segera, kedai runcit 24 jam, kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Trealeaf Mart, DIY, Eco Shop dan berkaitan pula diarah tutup bermula 12 tengah malam menjelang 1 Syawal sebelum dibenar beroperasi semula jam 1 tengah hari pada hari raya pertama.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latiff, berkata notis berkaitan arahan itu sudah diedarkan kepada pengurusan dan pemilik gedung perniagaan, selain makluman melalui pelbagai laman sosial termasuk Facebook (FB) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Mengenai operasi kedai runcit dan kedai makan bukan Islam, beliau berkata, peniaga dan pengusaha bukan Islam digalakkan menutup premis perniagaan sehingga jam 1 tengah hari pada 1 Syawal.

“Penutupan premis perniagaan ini bertujuan menghormati Syawal dan pekerja Islam,” katanya memohon kerjasama semua pengusaha dan pemilik pasar raya bagi memastikan tiada sebarang aktiviti perniagaan pada sambutan Aidilfitri.

“Pemilik premis dan pengusaha perniagaan beragama Islam yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan, termasuk pembatalan lesen perniagaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat