TNB sumbang 17 rumah kepada asnaf di Perlis

- Advertisement -

KANGAR- Tenaga Nasional Berhad (TNB) merealisasikan impian 17 asnaf di Perlis untuk memiliki rumah kediaman sendiri menerusi Program Baiti Jannati.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB itu, dilaksana dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sejumlah RM850,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan projek itu sekaligus memenuhi impian asnaf yang terpilih.

“Projek ini merupakan satu program Tanggungjawab Korporat TNB yang bertujuan untuk berkongsi kemakmuran bersama rakyat yang kurang bernasib baik supaya berpeluang menikmati kesejahteraan hidup”, katanya dalam satu kenyataan.

Majlis penyerahan kunci rumah Baiti Jannati TNB disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Kangar, Perlis, hari ini.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pengurusan Tinggi Tenaga Nasional Berhad.

Pada majlis itu, dua orang asnaf turut menerima bantuan di bawah Projek Mesra Rakyat, (PMR), yang dipilih melalui kerjasama pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (ICU) dalam mengenalpasti mereka yang layak dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00.

“TNB sangat prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan bantuan dan keperluan hidup terutama rumah kediaman yang lebih selesa untuk didiami agar kehidupan mereka bertambah baik dan selamat. Semoga dengan bantuan daripada TNB ini memenuhi impian mereka untuk memiliki rumah sendiri”.

Sebelum itu, Datuk Seri Mahdzir turut menyampaikan wang zakat perniagaan TNB negeri Perlis berjumlah RM309,340.11 kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat