Terang Lagi Jelas Audio Itu Serang Zahid Bukannya UMNO – Zainal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu klip audio perbualan yang didakwa mirip pimpinan nombor satu UMNO dan PKR itu dianggap bukanlah serangan terhadap parti sebaliknya lebih kepada individu.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique menyatakan persetujuan pendapat dengan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Kata mereka berdua sebaran audio rakaman perbualan seakan suara Zahid dan Anwar yang mengatur strategi kerjasama sulit itu terang-terangan isu individu bukan isu parti UMNO.

“Dalam perkara ini, saya setuju dengan Chief (Nazri).

“Ini bukan isu parti UMNO. Ini terang-terangan isu individu,” kata Zainal kepada Suara.tv.

Zainal menegaskan, bukankah pemimpin atasan sering melaung-laungkan dan mengajar semua ahli-ahlinya untuk mengutamakan parti , bukan invidividu.

Terdahulu Nazri memaklumkan bahawa beliau percaya serangan ini bukan ditujukan kepada parti, tetapi ditujukan kepada diri Zahid itu sendiri.

“Disebabkan beliau Presiden UMNO, maka amat senang untuk mengatakan ini adalah serangan terhadap parti,” kata Nazri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat