Jika audio Zahid-Anwar saheh, Zahid tak layak pimpin UMNO- Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya desakan supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden UMNO semakin meningkat susulan tersebarnya audio perbualan yang didakwa melibatkan dirinya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat jika rakaman itu terbukti benar, Zahid tidak layak lagi memimpin parti.

Memetik Sinar Harian hari ini, Zahid tidak sepatutnya bertindak sedemikian apatah lagi ahli Umno telah meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.

“Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu. Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik.

“Mengenai rakaman audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.

“Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu. Sebagaimana suara dia sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya yang juga pengerusi jemaah penasihat UMNO seperti dipetik.

Rakaman kira-kira empat minit itu telah beredar dalam lingkaran UMNO dan antara lain berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir bulan lalu.

Ia antara lain memaparkan individu yang suaranya mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.

Selain itu, suara yang didakwa Zahid berkata apa yang diucapkan ketika PAU hanya bersifat taktikal.

Zahid dan Anwar telah menafikan suara dalam audio berkenaan adalah miliknya dan masing-masing berkata akan membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad turut menggesa penjelasan lanjut daripada Zahid berhubung audio tersebut bagi mengurangkan ‘bara’ politik semasa.

“Saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan lain agar jangan cepat melenting atau membuat apa-apa tindakan atas emosi.

“Kita perlu rasional dan paling penting kena dapatkan penjelasan daripada tuan tubuh sendiri sama ada betul atau tidak, seeloknya kita tunggu penjelasan dan apa yang nak dikata beliau nanti,” katanya seperti dipetik Sinar Harian semalam.

Katanya, teknologi semasa boleh menjadi senjata pihak-pihak tertentu untuk mencapai matlamat politik.

Di sebalik penafian Zahid, beberapa lagi pemimpin UMNO turut tampil untuk menggesa dia melepaskan jawatannya.

Antaranya Ketua Pemuda UMNO Seremban Zool Amal Hussin yang menggesa Zahid berundur jika siatan polis mendapati rakaman audio itu memang tulen.

Terdahulu, sebelum timbulnya isu ini, beberapa pemimpin Umno telah membuat gesaan sama, antara Ketua Umno bahagian Simpang Renggam, Zakaria Dullah dan Nazri Abdul Aziz yang berpandangan peluang BN untuk menang dalam PRU akan datang amat tipis di bawah pimpinan Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat